Thursday, April 9, 2009

LUKISAN TERBARU!!

Teluk Intan

Melihat dari sisi pandangan aku...bagaimana keadaannya teluk intan ini. Atau juga bagaimana keadaan aku, yang dapat dilihat setelah ia diintepretasikan ke dalam lukisan ini.

"Seni adalah penipuan yang menyedarkan kita tentang kebenaran"-Picasso

Lukisan ini adalah penipuan yang ingin aku sedarkan mengenai kebenarannya. Warna-warna ceria yang cuba menutup warna-warna murung (biru) yang sentiasa berlegar di sini. Kehadiran material berharga seperti berlian hanya lebih menonjolkan kemurungan yang ada. Kewujudan unsur-unsur flora hanya penipuan di luar bentuk pembangunan yang tidak seimbang. Tiada jam di menara, ia hanya menunjukkan tiada masa bagi lukisan ini. Tiada masa hadapan, tiada masa lampau, apa yang ada hanya sekarang.

Bard

Monday, February 2, 2009

KERIS





Keris lama hulu dan sarung gading/tulang. Mempunyai ukiran motif melayu.

Thursday, January 22, 2009

KERIS LAMA 2





Keris lama 17 lok. Hulu dan sarung gading/tulang.



Wednesday, December 10, 2008

LUKISAN TERBARU



"Pandangan dari puncak"


Inilah pandangan dari puncak yang dapat dilihat dari sisi aku. Puncak kepada kehidupan seseorang manusia. Puncak yang menunjukkan akar umbinya, rintangan dan ketenangan.

Kadang kala kita terlupa bahagian penting dalam kehidupan kita. Disebabkan bahagian penting ini tidak dapat kita lihat. Namun bahagian ini juga berkembang seperti bahagian lain yang ada dalam kehidupan seharian kita. Menggunakan pokok sebagai satu perumpaan, kita sebagai sebatang pokok yang kuat hanya dapat melihat dahan,batang,daun dan aspek luaran yang ada disekeliling kita. Pernah atau tidak kita menilai aspek dalaman yang ada dalam kita. Akar kita.

Saturday, November 29, 2008

Tepak Tekad


Tepak tekad merupakan bekas tradisi yang digunakan untuk meletakkan tepak sirih. Mempunyai nilai kehalusan seni melayu. Corak dan motif ditekad dengan menggunakan benang emas mengikut motif sejak turun temurun. Terdapat dalam pelbagai corak dan warna. Harga RM 80.00 tidak termasuk kos penghantaran.





Friday, November 28, 2008

Lampu Kristal Garam Bukit...




LAMPU KRISTAL GARAM BUKIT

Lampu Garam Bukit merupakan satu langkah altenatif untuk membersihkan udara pada masa kini. Penggunaannya telah begitu meluas diseluruh dunia. Ia adalah sebuah lampu yang diperbuat dari garam bukit, yang mempunyai khasiat-khasiat tertentu. Kebanyakan kita sekarang hidup dan bekerja dalam tempat yang dikelilingi oleh TV, komputer, printer, microwave, penghawa dingin dan lain-lain. Alat alat ini semua mengeluarkan ion ion +ve yang berlebihan ke dalam udara yang kita sedut hari hari. Dari sudut kesihatan, menyedut berlebihan ion +ve boleh menyebabkan gangguan mental dan fizikal terutama paru-paru.


Fungsi-fungsi lampu garam ;
· Meneutral dan meningkatkan kualiti udara (udara bersih).
· Mengurangkan pencemaran udara.
· Mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asma.
· Memberikan kesan positif keatas tindakan kita terhadap perangsang deria.
· Mengurangkan sebahagian besar bakteria yang terkandung didalam udara dirumah.
· Digunakan sebagai bahan terapi penyinaran untuk meningkatkan sistem imunisasi kita.
· Melegakan resdung,migrain,pening kepala,demam panas dan serangan selsema.
· Meningkatkan tahap produktiviti kerja/kosenterasi.
· Meningkatkan kapasiti denyutan jantung.
· Mengurangkan perasaan cemas/berdebar-debar.
· Mempengaruhi tahap serotomin dalam aliran darah.


Produk ini mempunyai pelbagai rekabentuk dan size.



Rekabentuk lampu kristal, saiz sederhana; anggaran ketinggian 7 inci.

Harga RM 47.00. Tidak termasuk kos penghantaran.


Rekabentuk berkaki, kristal garam di dalam bekas. Saiz anggaran diameter bekas 5inci, ketinggian 8inci.
Harga RM 47.00. Tidak termasuk kos penghantaran.


Rekabentuk berkaki. Saiz anggaran diameter bekas 7inci, ketinggian 12inci.

Harga RM 79.00. Tidak termasuk kos penghantaran.



Rekabentuk berkaki. Saiz anggaran diameter 8.5inci - 9inci, ketinggian 14inci.
Harga RM 99.00. Tidak termasuk kos penghantaran.


SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA!


Blog ini akan berfungsi sebagai kedai online untuk memudahkan para pelanggan mendapatkan barangan kraftangan, seni dan perhiasan rumah dengan harga yang berpatutan.